Kelas Asas Microsoft Word secara Atas Talian
22 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 21 Oktober 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas Microsoft Word kepada beberapa orang peserta. Kelas ini diadakan secara atas talian bagi mengurangkan pembelajaran secara bersemuka. Hal ini juga untuk mengikuti dan menepati norma baharu yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencegah penularan virus COVID-19. Kelas ini turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan Microsoft Word untuk menyelesaikan tugasan di samping mempelajari teknik-teknik menaip serta fungsi butang yang terdapat pada Word.
Selain itu, peserta turut didedahkan dengan penggunaan butang “Bold”, “Italic”, dan “Underline” pada perkataan yang diperlukan, menggunakan butang langkau atau “spacing” bagi menjarakkan setiap baris ayat yang ditaip, dan mengenal pasti garisan merah serta biru untuk kesalahan tatabahasa dan ejaan. Peserta diajarkan cara memperbetulkan ejaan dengan menekan butang kanan pada tetikus untuk cadangan pembetulan dalam Bahasa Inggeris. Tambahan, peserta juga turut mempraktikkan penggunaan papan kekunci dan tetikus bagi membiasakan diri dengan perkakasan komputer. Akhir sekali, kelas melakukan latihan menaip dan membuat tugasan seperti disediakan oleh staf yang bertugas. Kelas bersiaran secara langsung atas talian iaitu menggunakan aplikasi Meet, Google iaitu selama tiga (3) jam dari jam 2:00 petang hingga jam 5:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: